Sunday, August 14, 2011

EDISI MEMBEBEL - Episod PaRam..

ye ke peniaga PaRam ni cekik darah? nak mengaut untung berganda tanpa mengira kualiti makanan yang dijual?

minggu lepas tak silap aku.. en suami ada beli kari ikan dan hati ayam masak apa tah.. harga kedua jenis lauk tu boleh tahan la mahal.. kalau nak dibandingkan dengan kuantiti nye... yang sedih tu.. time dia nak makan lauk tu boleh pulak basi.. yang hati ayam tu berbau semacam.. terus putus selera en suami.. mujur la dalam bekas sia tu aku ada taruk telur dadar.. (telur dadar je???? isk isk.. pemalas nye ko ni Eja... hish!)

tadi petang en suami keluar ke gerai makan dekat dengan Dewan Ramli Ngah Talib tu.. konon nak cari la lauk tambahan utk dia bersahur nanti.. tapi suma tak menepati selera.. kena pulak si hero request nak ayam.. (sejak dua menjak dok layan Upin Ipin.. memang asik request ayam je...)

kerana kasihkan anak.. cewah! .. en suami pun beli la dua ketul ayam goreng... yang en suami ni pun satu .. dia ni jenis kalau beli dah tak tanya harga dah.. main amik je..

time nak bayor tu tokey cakap rega ayam goreng tu 5 hengget.. terkejut dia.. ye laa semalam pegi beli ayam madu kat kedai mamak di Taman Pekan Baru tu pun baru 7 hengget.. (ayam madu 2 ketul + paru goreng..) saiz ayam kedai mamak kan ke besar... ni ayam goreng petang tadi saiznye ciput je.. agaknya ayam versi emas kot tu yang mahal..

pasal tu la bila aku nak pegi PaRam.. aku hanya singgah gerai yang biasa aku beli je.. ataupun peniaga dia memang dah biasa aku tengok dok meniaga.. kalau muka2 baru tu.. memang aku tak singgah la.. sebab dah tau.. mesti masak pun ala-ala batuk di tangga... bukannya sedap sangat pun.. tapi harga mak tuan.... bayangkan ikan kembong bakar seekor 4 hengget.. kalau kat KL aku boleh la terima.. ni takat Parit Buntar tak payah la nak mahal2 sangat...



*esok nampak gaya aku kena round suma blog masakan ni.. nak dapatkan idea utk berbuka...





No comments: