Thursday, February 2, 2012

entry cover seminggu.. EDISI : mengelat

Khamis..



minggu ni minggu tak tauhan buat aku.. banyak benda yang nak kena kejar.. walaupun aku bukanlah seorang pelari.. jadi entry malam ni cover cita dari hari Senayan..

mula dengan hari yang separa kalut di sekolah.. pasal Jemaah Nazir (JN) nak mai.. masing2 sibuk dok usung fail.. kalah pejabat loyer aku tengok... aku pun tumpang sekaki buat-buat sibuk.. mana tak nye... data Emis kena hantar ke PPD hari tu jugak... mujur laa GB pun tak banyak songeh.. kalau tidak jenuh la jugak..

hari kedua aku cuti.. yahoo!!! aku bawak Bonda ke hospital utk diambil sample darah... dan hari tu jugak la aku dapat tau JN seramai 3 orang bertapa di sekolah aku... semua fail dia belek.. dan aku dengar dua orang cikgu yang bertuah kena observe dengan depa..

hari ketiga.. iaitu semalam.. masing2 melepaskan ketidakpuasan hati sebab aku tak dak time JN mai sekolah.. (eh! apsal dengki dengan aku plak?) tapi tu laa kadang tu perangai manusia memang pelik kan? (lantak pi la nak cakap apa.. janji aku dah pikul tanggungjawab sebagai seorang anak.. yang lain-lain aku tak mau amik tau..)

hari keempat... iaitu hari ni..
balik sekolah aku ke kedai a.k.a pejabat urusan kompeni yang buat interior design..

alkisah bermula macam ni...

aku dijanjikan akan dipulangkan wang deposit RM500 hari ini.. ekoran aku dah terjah opis kompeni tu hari Selasa lepas... aku dah tak boleh tahan dengan janji2 manis yang haram tak manis langsung... aku masih simpan resit yang dia bagi kat aku bertarikh 30/12/2011 lepas... dari hari aku bagi deposit tu dia janji lukisan @ lakaran plan yang dia nak buat tu akan siap dalam masa 2 hari lagi.. lepas janji.. janji lagi.. lepas tu janji lagi... sampai satu tahap aku dah malas nak call banyak kali.. aku tunggu je dia yang contact aku... hingga hari yang ke 30 aku pi la terjah opis dia terus...

aku pun bukan la pi serbu macam Along mintak hutang.. aku cakap baik-baik.. aku dah tak mau guna servis dia.. (boleh ke kata servis..? sedangkan apa pun tadak bagi...) kira kensel la senang cita.. so, aku mintak balik laa deposit aku RM500 tu... dia janji akan jumpa tukang rumah dan mintak balik deposit aku.. (katanya deposit tu dia dah serahkan pada tukang rumah..) katanya aku boleh la tuntut deposit tu semalam (Rabu)..

petang semalam aku dapat sms dia hantar.. "tukang rumah tak ada duit lagi.. dia kata 5hb" aku terus call cakap " cenggini la kak, duit saya tu akak pulangkan dulu.. sebab saya serah duit pada akak.. lepas tu akak nak mintak dari tukang tu 5hb ke 6hb ke suka hati akak la..janji saya dapat duit saya tu balik"

dek kerana aku masih ada hati perut, dia mintak tangguh hari ni.. sebab katanya tak ada cash RM500 hari semalam...

bila aku pegi je tengah hari tadi.. boleh pulak dia cakap dia belum ada duitnya... konon cek RM2000 baru je dia bank in petang semalam.. kesimpulan, dia nak aku tunggu cek dia 'clear' baru la dia nak pulangkan...

aku dah malas nak bertekak tengah hari yang panas terik itu.. aku bagi peluang sampai esok saja.. aku cakap "cam ni kak, lagu mana pun saya mau duit saya tu esok.. pandai-pandai la kak nak pinjam ka, buat apa ka.. sebab saya dah tak boleh tahan nak tunggu lepas janji, janji lagi... cuba letak diri akak pada tempat saya.. apa akak rasa.. duit dah bagi.. sebiji pasir pun saya tak dapat.. bila mintak balik.. macam-macam alasan akak.."

lepas ayat terakhir aku tu.., aku angkat kaki terus blah.. sebelum aku tutup pintu aku ada cakap kat dia.. "esok saya datang ye.." 3 kali aku ulang.. dan aku yakin dia tak lupa ayat akhir aku tu...

macam ni laa kompeni Melayu.. bukan aku nak kutuk bangsa sendiri.. tapi kalau dah bangsa Melayu nak menganiaya bangsa sendiri.. susah laa kan..



*wajar ke aku buat repot je?

2 comments:

azieazah said...

Kalu Kak Azie, tak der nyer nak tunggu sampai berhari-hari macam tu. Buat report polis, tunjuk kat dia. Atau pun tepon dia setiap jam, sampai orang tu tension!

ejaescobart said...

cadang dah nak repot ke tribunal.. agaknya dia dapat rasa kot... tu yg bagi jugak2 tu...