Sunday, February 5, 2012

Cuti Maulidur Rasul, aku gantung periuk...

Ahad,


Salam Maulidur Rasul buat semua rakan blogger... yang tak blogger pun yang sudi singgah pun termasuk sekali la tu...

cuti berderet 4 hari.. semua orang pakat makan angin.. aku pun pakat makan jugak.. makan kenduri... bermula dengan semalam (Sabtu) ada dua buah rumah buat majlis kahwin.. masing-masing anak perempuan.. memang meriah laa.. huh! dasat.. khemah je dah cecah 6 buah.. belum lagi masuk khemah yang ada teh tarik, laksa, ais krim, bubur pulut hitam.. jenuh la perut & usus aku kerja keras utk 2 hari ni.. senak perut weyy... dah nama pun pantang.. pantang nampak sapu je le.... :P

hari ni makcik sebelah rumah buat majlis aqiqah cicit dia yang kedua.. meriah jugak kalah majlis org tunang.. maklum la.. cicit dari cucu yang pertama.. dan kali pertama aku makan daging kambing yang tak rasa cam kambing.. aku ingatkan daging lembu.. sebab struktur daging & bau kekambingan tu memang langsung tak ada.. aku bantai sampai dua ketul.. nah! sampai ke malam jenuh aku berkipas....

berbalik pada kes dengan 'designer' tu.. hari Jumaat lepas, semasa aku drive nak balik rumah, akak tu call tanya aku ada di mana.. dia tunggu aku depan rumah.. siap pesan tak payah singgah kedai @ opis dia.. ok laa aku trus balik rumah... sampai rumah ingatkan ada la si akak tadi ni.. rupanya dah blah balik.. tak mau jumpak aku le kot.. dia datang rumah serah RM500 aku pada Bonda... ok laa kan.. aku dah dapat balik hak aku.. syukur.. yang lain-lain aku tak mau amik tau.. harap lepas ni tak ada la pelanggan yang jadi mangsa macam aku...



*lepas ni nak renovate rumah kena cari tukang yang betul2 kita kenal.. kan? apa2 boleh runding cara elok...

No comments: