Wednesday, June 15, 2011

Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia dan kempen dari KomenSen...

sekejap je dah Rabu.. dah tiga hari sesi persekolahan bermula.. macam biasa kerja-kerja pun makin bertambah... maklumlah.. dua minggu bercuti.. walaupun tak berapa cuti sebenarnya...

musim sukan sekolah pun dah bermula.. ada sekolah di daerah aku ni dah pun nak buat sukan Khamis minggu depan.. sekolah aku akan adakan sukan sekolah pada 7hb Julai depan... sebelum tu acara larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan pada 2hb Julai...

acara larian ni bukan lah untuk cari pemenang.. cuma untuk mencatatkan rekod Guiness Malaysia... acara larian ni melibatkan semua sekolah-sekolah di Malaysia.. tak kira sekolah rendah atau menengah.. dan perlaksanaannya adalah serentak di seluruh negara... macam best kan?

tak sabar pulak nak tunggu hari tu.. aku bukan masuk acara pun.. cuma ditugaskan menjaga 'check point' saja... jadi laa...

hari ni bahasa penulisan aku agak skema.. sebab apa? sebab hari ni 15hb.. demi menyahut Kempen Tuan Haji Hamzah @ penulis blog KomenSen .. kempen menggunakan bahasa dengan betul..




*jangan salah sangka.. entry ni aku taip sebelum bunyi loceng 7:40 tadi.. ni baru nak publish... :)

1 comment:

al-lavendari said...

Baru terjumpa blog saya dipaut. Terima kasih dan maaf bebanyak.