Monday, November 15, 2010

tempek..

dah selesai majlis penyampaian hadiah sekolah petang tadi.. aku balik dalam hujan.. alhamdulillah aku tak basah kena hujan.. huhu...

letih laa jugak dari pagi ke hulur ke hilir.. cari budak penerima hadiah.. nak susun kedudukan budak.. bagi pastu wat rehearsel.. adehh.. ingatkan nama pengurus peserta dok rilek je.. ye laa kan dah nama pun pengurus.. aku budget dok rileks je la.. huhu.. tudia.. pecah peluh jugak laa.. baru aku tau... abih lemak2 kat keliling perut mencair.. hahhahhahaha

balik umah.. bonda pulak puasa.. lupa hari ni jemaah dah mula wukuf .. leh laa puasa sunat.. aku je laa yang tak buat.. dah tu bonda cakap nak buat tempek utk bukak puasa...

hah?! tempek?? apa kebenda tu?? nak tempek apa? iskk konpius aku..

lepas je aku siap solat asar.. tengok menda yang bonda cakap tempek tu dah siap... belek punya belek.. pastu rasa.. sedap jugak pekena time-time hujan ni... dek kerana aku teruja makan tempek ni sampai lupa nak snap.. huhu.. biasa laa kan.. makin tua makin lupa...

ok laa.. since pic tak dak.. aku describe apa dia tempek ni..

sejenis kuih (ye ke kuih?) ok laa.. sejenis makanan yang bahannya terdiri dari pisang yang dilenyek + sedikit tepung gandum dan kelapa parut + secubit garam.. cara nak buat.. sudukan sedikit pisang lenyek diatas daun pisang.. kemdian taruk kelapa parut tu.. pastu lipat dua daun pisang tu..(pisang lenyek tu bertangkup laa jadinya..) kemdian masak ateh kuali leper.. nak taruk minyak (sikit je tau..) pun buleh tak mo letak minyak pun boleh..

agak2 garing pisang tu.. bleh laa diangkat dan dimakan.. nyumm nyum...

rasa cam lempeng pisang... cuma beza aroma daun pisang tu yang buatkan tempek di lagi umphh!!!


inila tempek... aku amik dari ankel gugel tadi..

No comments: