Thursday, March 22, 2012

tak sangka cempedak jadi nangka..

Khamis..


sori berlori sebab lori terlebih muatan ni sangat bizi sejak bukak sekolah ni... bizi uruskan pasukan bola baling sekolah... maklumla.. tahun ni aku bergerak sendiri.. tahun lepas ada otai.. so aku hanya membantu buat kerja-kerja membancuh air je.... sungguh sedih kan?

alhamdulillah perlawanan yang dah pun berlangsung semalam dengan hari ni.. semalam pasukan lelaki hanya dapat tempat ke-3 walaupun harapan aku sebagai pengkurus yang lebih muatan serta juruletih2 yang ada mengharapkan tempat ke-2.. (tak berani nak aim johan sebab ada juara 3 tahun berturut2 dok menunggu) memang betul la macam pepatah tak sangka cempedak jadi nangka...

petang tadi pasukan perempuan memang tak menghampakan.. malah memberi persembahan yang memang tak dijangka dek pengkurus dan juruletih.. memang teruja laa kami2 ni dok bersorak tepi padang sampai masing2 tak keluar suara.. esok mesti masing2 jadi macam suara Ella buat konsert..

gambar ada aku snap petang tadi guna hp cap samsoon.. tapi tak leh nak donlod pulak sebab bateri dah abes.. esok insya ALLAH aku tempek tang sini..

esok petang dah janji nak belanja 'anak-anak' tu makan besaq.. kena laa aku beratoq kat kedai ayam tokwan sok... :)




selingan..


Hari Air Sedunia 2012 peringkat kebangsaan di Dataran Pinggiran Sungai Kerian.. datanglah beramai-ramai.. (huh! dah macam iklan kat radio)





acara perahu panjang (saringan).. pic amik dari MyKakakIpar

No comments: