Friday, March 9, 2012

MODE : tertekan

Jumaat,


sejak dua menjak ni sekolah dapat pekerja swasta baru... maksud aku tukang sapu merangkap tukang kebun sekolah.. berikutan dua orang letak jawatan bulan Januari lepas.. pakcik A ni pun join the company menggantikan yang dua orang itu...

yang aku nak cerita ni tentang ketidak selesaan aku semasa mengajar dalam tahun 2.. tiap kali aku masuk kelas memang jadi tak selesa.. sebab apa?

sebab ada pulak yang nak 'observe' aku mengajar.. yang ni perkara paling aku tak gemaq.. kalau 'observe' secara rasmi.. maksud aku masuk dalam kelas kemdian bagi markah ok laa aku boleh laa terima.. tapi yang ini 'observe' dari luar kelas..

ye.. aku paham kerja dia nak menyapu atau kadang2 tu nak potong pokok yang ada di tepi kelas aku tu.. tapi buat je laa kerja sendiri.. jangan la menyibuk sampai dalam kelas aku pun nak menyampuk pulak...

paling aku tak tahan tu.. bila aku menyinga je dalam kelas, dia pun ikut sama menyampuk marah budak2 ni... eh! mula la aku nak tanya sapa yang nak mengajar ni? ke aku gi potong pokok dia masuk kelas ngajar bebudak..

ye laa kalau dia kenal pun budak2 ni atau kenal mak bapak serta keturunan budak2 dalam kelas aku tu, jangan la sampai menganggu konsentrasi nak belajar.. dah laa KSSR ni hanya limitkan 6 jam seminggu sahaja.. kalau dah tiap2 kali aku masuk kelas tumpuan budak dah kemana-mana.. apa nak jadi bila budak2 ni naik ke darjah 3,4,5,6 nanti? 'masak' la cikgu2 tahap dua nak pulun ajar benda2 basic pulak nanti...

perkara ni pun aku dah slow talk dengan GB.. dah tak tahan sangat.. karang aku sound direct kat Pakcik A tu, terasa pulak.. ye laa hati orang tua.. aku tak mau laa di cop cikgu tak hormat orang tua...

mujur la minggu ni minggu periksa.. minggu depan dah cuti seminggu.. aku tunggu pulak minggu bukak sekolah.. kalau masih macam tu jugak.. memang aku sediakan satu meja + kerusi bagi Pakcik A tu duduk dalam kelas aku...




minggu periksa...


*susahkan? cemana laa cikgu2 ni tak kena darah tinggi...

No comments: