Thursday, September 19, 2013

Soroton entry merosot..

Assalamualaikum..


Lebih dari seminggu baru dapat nak update entry... keadaan agak kelam kabut a.k.a tak teratur minggu lepas... kena pulak diarahkan pegi dengar taklimat.. diulang DENGAR taklimat selepas waktu sekolah iaitu 2:30 ptg.. waktu yang sangat afdal melayan mata.. huhu..

Bayangkan time yang paling afdal tu kita hanya dimintak mendengar.. jadinya 2 jam pertama aku dah hanyut ke pulau pandan... huhu dua hari pulak tu kena pi dengaq taklimat.. sadis sungguh..


Bukan takat itu sahaja, aku dapat berita cikgu sekolah hero kecik masuk wad pulak.. kerana penyakit misteri,, memang kalut sungguh aku minggu lepas.. sana sini aku terpaksa pass hero kecik pada orang lain.. alhamdulillah selamat tak jadi apa2...


Ekoran aktiviti tunggang langgang.. minggu ni penyakit yang paling aku tak berasa suka pulak hinggap... selsema + batuk + penat (lelah) singgah sekali harung.. paling tak boleh nak tahan bila waktu malam.. cuaca agak sejuk berbanding siang.. memang jadi cam ayam berkokok laa sampai ke siang..


Saat entry ni ditaip dah dekat 10 kali aku menguap.. sebab baru je lepas makan ubat.. mujur hari ni kelas aku sebelah awal pagi.. tengah hari dah tak ada kelas..  boleh laa aku melelapkan mata barang sepuluh  dua ploh minit...


ok.. nak sambung ZzZzzZZz.... 

No comments: