Thursday, October 31, 2013

S stand for STRESS

As salam...


tetiba keluaq tajuk entry pasai stress.. memang stress lately sejak dari minggu lepas bawak ke minggu ni...


apa taknya sistem yang dibangunkan dek MOE kekonon nak lebih nampak maju memang buatkan cikgu-cikgu sangat stress... bukan aku je.. semua cikgu dalam Malaysia yang mengajar subjek melibatkan PBS..sesapa ada anak sekolah dalam darjah 1,2,3 @ tingkatan 1,2 tau laa apa kebenda PBS ni..


mana laa cikgu2 tak bertambah stress... dari awal masuk sekolah dah try bukak page tu.. tak  boleh2 nak masuk.. sambung pulak tengah hari.. pun macam tu jugak... balik rumah sambung pulak petang tu... dok lagu tu jugak.. kalau boleh masuk pun boleh bertahan dalam 5 ke 10 minit.. lepas tu sistem asik tergantung je.. (hang)   ini yang aku update entry ni sebab dah try dari pukul 9 sampai ke la ni tak boleh nak masuk... ada kawan senasib hantar msg kat wasap bagitau nak kena bukak pukul 12 ke atas... apa???  &^%%$#



tak kuasa nak melayan.. abih je aku post entry ni ada baiknya aku berehat... esok nak mengadap satu lagi objek yg selalu mendatangkan stress kat cikgu2... huhu


gud nite!

Saturday, October 26, 2013

Bila bom dah meletup...

As salam..

Dah lama dak update.. lepas sembuh dari batuk + demam + selsema.. bersambung pula dengan kerja2 ala jurugegas..

Lupakan bab kerja yang langsung tak berkesudahan..

Sepanjang daku tinggalkan sekolah selama 4 hari banyak juga perihal sekolah yang daku tertinggal keretapi..

Al kisah semalam berlaku salah paham antara pentadbir hingga sampai ke tahap mengamuk... tapi tak laa sampai tajap nak menikam dengan pisau rambo... cuma mengamuk pecahkan cermin tingkap pejabat sekolah....

Punca jadi insiden ni bila tahap kesabaran dah sampai ke maksima.. yg pihak satu lagi pulak terlampau bersikap rigid, langsung tak ada tolak ansur..

Hmm.. kadang bila ada yg mengamuk mcm ni baru lah pihak yg satu lagi tu 'bukak mata'...

Friday, October 11, 2013

on & off

As salam..


Keadaan orang di dalam rumah sama macam semalam... masih lagi kedengaran bunyi kokokan yang pasti bukan ayam bila malam menjelang.. berganti ganti kami dua beranak..


Apa yang menambah rasa risau bila hero kecik masih lagi tak sihat.. demam dari Isnin lepas bawak hingga ke hari ni... paling merunsingkan aku bila dia tak mau nak makan apa-apa.. just minum susu sejak dari pagi tadi.. mungkin selera belum lagi ada...



Apa pun mood aku seminggu ni pun on & off jugak laa.. kejap-kejap cenggeng jugak laa jadinya.. abis tisu 3 kotak...




Wednesday, October 9, 2013

Dia balik tapi tak ada di rumah

As salam..


Warga dalam rumah masih belum sihat sepenuhnya..


Batuk aku belum nampak tanda tanda nak hilang.. semakin gelap nya hari makin kuat pulak dia nak berbunyi..


Bukan nak cerita tentang penyakit aku yg tak seberapa ni  (bak kata sesetengah orang).. sebab ada yang anggap batuk bukan sakit kronik.. tak bawak maut pun.. tapi kuasa Allah tak ada yg boleh jangka kan?


*********


Petang tadi aku nampak dia balik.. pakai baju hijau tudung hijau..tapi sepatah pun tak bercakap.. aku ikut kemana je dia pergi.. tapi dari gerak laku, aku mengerti dia tak ingin aku ikut jejaknya... aku menangis bila sedar dia semakin jauh.. dan dia tiada di rumah...



Al Fatihah...  :'(

Saturday, October 5, 2013

Perginya tak kembali

As salam..
Pagi Khamis sebelum bermulanya sesi persekolahan, aku terima panggilan dari Pakcik yg berada nun di Utara Semenanjung..


Berita sedih yang disampaikan.. Mak Chaq iaitu adik tiri arwah Bonda telah pun pergi huat selama-lamanya.. :'(


Allahyarhamah menderita sakit barah paru-paru sejak awal tahun lagi.. dan penyakit ni langsung tidak diketahui oleh nya hingga dijemput Allah..



Allahyarhamah semasa hayat sangat lah baik.. langsung tiada beza antara adik beradik walaupun hanya adik beradik tiri..



Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.. semoga rohmu dicucuri rahmat dah ditempatkan dikalangan para solihin... amiinn ya rabb


Al Fatihah..



Tinggal kenangan...
 Allahyarham Bonda & Allahyarham Mak Chaq ketika di Padang Besar

Wednesday, October 2, 2013

bila boss tak ada integriti

As salam..


baru lepas tarik nafas lega bila kelas dah abis untuk hari ni..

hari Isnin lepas aku & rakan-rakan guru yang lain dapat arahan dari Guru Besar (GB) untuk menjawab soalan ujian kompetensi ICT dari Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Microsoft Malaysia.




aku nak cerita sikit laa tentang ujian ni.. masa yang diperuntukan ialah 40  minit sahaja.. 30 soalan diberi dengan empat pilihan jawapan.. bagi cikgu-cikgu yang biasa dengan bidang ICT ni (dan aku percaya kebanyakan cikgu sekarang ni dah celik IT.. kalau tak, tak kan laa ada cikgu umur 60 ada FB jugekk kan???)

apa yang buatkan aku rasa ujian ni tak ada ketelusan bila mana pentadbir iaitu GB sekolah aku sendiri menjawab soalan dengan meminta bantuan juruteknik komputer bagi jawapan... serupa tak amik ujian la kan?

kalau dah pentadbir sendiri tak ada integriti, jangan laa dok ulang sebut dalam meeting tentang integriti cikgu-cikgu dalam menjalankan tugas.. umpama peribahasa bila ketam mengajar anaknya berjalan betul.. terasa tidak adil bila mana cikgu-cikgu diingatkan supaya menjawab soalan ujian dengan telus.. (orang lain tak boleh tolong jawabkan)... angin jee satu badan bila dapat tau hal sebenarnya...




mode: grrr