Sunday, April 29, 2012

mood: tak ketahuan hala,..

Ahad..


badan penat otak letih mata mengantuk... macam2 ada... dah kalah rojak dah ni... macam2 benda nak kena pikir...

mood nak update kisah hero & pengasuh pun cam terbantut je.. nanti2 laa cerita..

nak tengok tv pun rancangan macam tak best je.. walaupun dapat 130 channel free sampai 6/5 ni...

dari tadi belek fb.. masing2 cerita pasai bersih yang tak bersih.. naik meluat pun ada... sampaikan aku terpaksa unfriend kawan sekolah yang terlalu fanatik... sampai bawak anak ke perhimpunan busuk tu... pada aku la kan.. daripada bawak anak ke tempat yang dah tentu-tentu keadaannya kucar kacir baik laa bawak anak bini pegi jalan2 makan angin ke...

lepas tu boleh pulak dia update status cerita kena serbuk pemedih mata kemdian terpisah dengan anak dia... hish! apa la punya bapak cam tu.. tu dah macam nak gadaikan nyawa anak sendri... tak tau laa nak cakap apa...





dek kerana cemuih sangat aku unfren laa dia... mata aku tak sakit dok tengok status dia dok komplen sana komplen sini... syukur laa wahai kawanku kita ni dapat duduk negara macam ni.. boleh lagi layan bola kat tv tanpa ada letupan bom sana sini.. boleh lagi makan nasik daripada kena kutip beras kat tanah utk isi perut sendiri...

agak2 tak puas hati dok kat Malaysia ni.. pi laa pindah dok kat Indon ka Singapore ka.. baru ada akai kot...


ops! terlebih sudah...






*apa pun terima kasih tak terhingga kepada akak AA yang baik hati... weehuu.. tak sabar nak baca novel... :)

Thursday, April 26, 2012

dah berjangkit... ?

Khamis...



sejak dua menjak ni aku dah mula terjebak, terberjangkit penyakit drama melayu... huh! semua gara-gara cikgu sekolah aku yang seorang ni... sebab apa boleh terjangkit? kalau setakat cikgu2 melayu yang dok promote drama Nora Elena aku tak laa kisah sangat.. tapi yang dok beria-ia suh aku tengok cerita ni cikgu India sorang ni... Sara namaya.. jadi aku pun rasa teruja laa nak tengok..


asalnya layan kat tonton.. satu malam je aku layan sampai 4 episod.. jenuh jugak laa esok paginye tu bila sampai sekolah.. asik menguap je.. isk isk iskk... Abam Aaron punya pasai.. hehehe...

dan abis episod Nora Elena baru laa aku tau drama ni adaptasi dari novel Kasih Yang Suci... jadi.. oleh kerana pesta buku pun bermula esok.. aku dengan tebal muka mintak tolong akak yang baik sorang ni kak AA belikan...terima kasih banyak2 kak AA... ai lap u lah... :D


amik kat angkel gugel... :)




*malam ni mimpi nora elena laa pulak.... hehehehe

Sunday, April 22, 2012

pening... :(

Sabtu...

aku pening laa bila bukak blogspot ni... tetiba je dah berubah.. hadoi... klik sana klik sini dah macam tenggelam punca.. macam baru nak belajar berblog pulak..

yang tension tu ada post tak publish pulak walaupun dah set schedule nye...

apa laaa.... kembalikan lah blogspot yang dulu!!!!!


*bila dah pening cemana aku nak hapdet entri selalu ni... (alasan!)

Friday, April 20, 2012

kegunaan seat belt dan fungsi tambahan....

Jumaat..



salam pagi Jumaat.. suasana redup saja pagi ni... matahari baru je nak tunjuk 'muka'.. masing2 masih lagi mood cuti.. walaupun aku tak cuti sebenarnya semalam...

hari ni nak cerita pasal tali pinggang keledar atau pun seat belt.. semua yang memandu pakai bila nak memulakan perjalanan.. tak kira jauh atau pun dekat.. tapi ada jugak spesis yang pakai time nampak polis trafik atau road block atau JPJ.. kalau tak selambe jer memandu tak pakai seat belt.. kan? (kekadang aku pun tergolong dalam spesis ni jugak..) tambah-tambah tempat yang nak pegi tu dekat sangat..


semua orang tau kegunaan seat belt.. tapi jangan tak tau pulak.. seat belt ada jugak kegunaan tambahan.. terutama dalam keadaan kritikal.. yang memang dah tak boleh nak elak..

macam mana tu??


haaa... macam ni.......



















Thursday, April 19, 2012

Daulat Tuanku..

Khamis...


cuti buat semua rakyat Perak... Daulat Tuanku..






*nama je cuti.. tapi aku dok kat sekolah jugak...





Wednesday, April 18, 2012

orang lain dah lama tau.. aku baru tau..

Rabu...


lama tak meng'update'.. sebab dah lama tak meratib depan laptop meronda ke rumah kengkawan.. selama ni dok singgah guna hp cap samseng aku tu je...

hari ni nak kongsi pelajaran baru.. (baru pada aku.. tapi dah berkurun pada orang lain... huh! memalukan sungguh)...

tapi tak pa.. sebab ni blog aku.. sendri tulis sendri baca.. jadi hantam saja lah...

sebenarnya.. aku dah guna laptop ni dah pun masuk tahun ke 3.. lama kan? tapi dek kerana aku ni bukan laa golongan bijak pandai tentang gadget ni.. yang aku tau taip, kopi pes je...

sampai laa satu hari tu aku ternampak button Prnt Scn.. tertanya2 button tu guna utk aku.. jadi aku tanya la pada bijak pandai yang lebih pandai dari aku.. rupanya button untuk screen shot.. ooo... selama ni screen shot yang aku nengok dalam blog cam kak AA buat tu guna button ni...

dan aku pun cuba laa nak men'screen' shot... tapi tak boleh jugak.. aku heran tak dak apa pun yang berlaku...

dan.. dua hari lepas baru laa aku dapat tau dari golongan bijak pandai yang lagi pandai dari aku dan bijak pandai yang lagi satu... rupa rupa nya.. aku kena tekan button Ctrl + Prnt Scrn...
kendian.. bukak pada program paint... pastu pes kat situ...

demikian lah cerita aku kali ni...



kopi...






pes...





*mengarut punya entri... huh!

Wednesday, April 11, 2012

Ya Allah.. selamatkan lah kami semua...

Rabu..


petang tadi terasa macam sedikit goyang.. aku pikirkan aku yang pening @ mamai sebab baru bangun dari baringan...

bila bukak je FB.. rupanya ada berlaku gegaran berskala 8.7 di Acheh...

Ya Allah selamatkanlah kami semua..



aminnnn.....

Monday, April 9, 2012

terkilan? ya aku terkilan dengan dia.... :(

Isnin..


mood hari ni masih tak keruan... sedih ada, terkilan ada, macam nak marah pun ada.. semuanya kerana...


siang tadi masa balik dari sekolah aku singgah gerai makan dekat dalam taman perumahan aku ni... masa dok pilih2 lauk tu (dah kul 2 lauk pun dah tak banyak..) aku terserempak dengan suami pengasuh hero kecik...

dari jauh dia sapa aku.. siap tanya lagi kenapa aku tak hantar anak ke rumah dia.. aku rasa cam pelik jugak laa.. tak kan dia tak tau bini dia yang tak bagi aku hantar hero kecik hari ni... soalan dia tadi tu aku tak jawab.. sebaliknya aku yang tanya.. kenapa dengan bini dia? dia cuma jawab bininya ada urusan dan baru je sampai ke rumah...

dalam kepala otak aku rasa pelik apa yang mustahak sangat sampai dia tak nak aku hantarkan anak hari ni.. sedangkan dia pernah bawak anak aku sampai ke Batu Feringghi tanpa bagitau aku awal sebab nak settlekan hal insurans suami dia tu... tak jadi masalah pulak masa tu..

aku dah mula terbau bau ikan disitu... dan rasa ingin tahu aku juga terlalu kuat hingga terkeluarlah soalan tentang tiga beradik yang bini dia jaga tu.. samada depa tu dibenarkan dihantar ke rumahnya atau pun tidak...

dan seperti yang aku jangka depa tiga beradik memang ada di situ dan sedang bersuka ria bersenda gurau di sana.. masa tu jugak la aku rasa muka temperature darah aku dah naik ntah ke mana.... pada masa sama.. rasa cam nak nangis pun ada...

lepas blah je dari gerai tu.. dan aku pun tak pasti lauk yg aku beli tadi tu memang sebab aku nak makan atau sebab aku nak blah cepat dari situ...

sepanjang jalan otak aku memang ligan berpusing kalahkan bayblade.. pasai apa anak aku tak boleh tapi yang bertiga lagi tu boleh? anak aku buat masalah ke? anak aku makan kuat sangat ke sampai habis beras di rumah dia hinggakan dia terpaksa memborong beras di gudang beras BERNAS yang tak jauh dari rumah aku tu? atau anak aku dah buat onar pada ketiga-tiga 'anak kesayangan' yang dia bela dari kecik tu?

hish! aku memang tak puas hati.. terus terang aku cakap aku memang tak puas hati.. kalau pusat asuhan kanak-kanak dah lama dah masuk tv.. kompom aku panggil Puspavathi Ramalu buat liputan...

apa pun aku tau Allah tu Maha Kaya.. Maha Adil... Maha Besar... alhamdulillah syukur aku tau sendri perkara ni dari mulut suami pengasuh dari aku tau dari mulut jiran-jiran dia tu..

dan paling-paling buatkan aku sedih disebabkan dia ada 'hal' dan dia mintak aku faham (macam yang dia sms aku mlm kelmarin) hinggakan en suami kena cuti.. bukan cuti bergaji.. tapi potong gaji... :(


*agak-agak kalau aku claim gaji en suami kat dia ok tak??

Sunday, April 8, 2012

tak dak tajuk lagi

Ahad,


masih rasa mengantuk.. gara2 dapat msg dari pengasuh... mintak cuti untuk esok (Isnin).. dia ada hal katanya tak bleh nak jaga hero kecik...

adeh.. penin kepala dok pikir nak buat cemana.. en suami keja siang pulak Isnin ni.. kalau malam aku tak laa heran sangat... bleh je biarkan hero dgn ayah kat rumah je..

aku nak cuti? tak boleh laa.. pasal minggu lepas aku nak 'tuang' sekolah... kalau belah-belah utara ni tuang sekolah tu kira macam ponteng tak hadir la tu... kalau aku 'tuang' lagi minggu ni abis laa aku punya markah prestasi.. rugi laa.. dah laa GB sekarang dalam mode penghijrahan.. dah baik dah sekarang ni.. tak mo laa buat slack plak.. (ntah betoi ke tak ejaan ni..)


*cemana ni? cemana ni? haish.. sungguh tak suka situasi cenggini..

Saturday, April 7, 2012

insrumen pentaksiran Matematik KSSR Tahun 2

Sabtu..


hari ni ke sekolah lagi.. ada pertandingan bercerita dan pidato pulak.. sekolah aku terpilih jadi tuan rumah.. kira tahun ni sekolah aku 'sapu' semua acara pertandingan sebagai tuan rumah... nak kata bangga tak ada la sangat.. tapi rasa cemuih tu ada laa.. asik2 ke sekolah sampai 6 hari seminggu.. hinggakan aku rasa utk diri sendiri n famili pun dah nak kena budget2 masa pulak... masa ni laa aku rindukan zaman2 kerja swasta...


cukup takat tu cerita hal sekolah.. kali ni aku nak berkongsi dengan sesapa yang ada anak Tahun 2 atau cikgu2 yang ngajar Matematik Tahun 2..


oleh kerana insrumen utk buat pentaksiran belum ada lagi di mana2 blog cikgu2 lain.. jadi nak cadangkan kepada kawan2 yang nak kena buat insrumen tu.. gunakan je buku yang aku dok guna sekarang ni.. cuma kita olah sikit je soalan supaya tak nampak sangat kita amik sebulat sebijik dari buku ni...

sekarang ni aku pun dah tak payah nak pening kepala nak pikir nak set soalan bagi kat budak2...





pada aku, buku ni memang banyak membantu laa kerja2 menyiapkan insrumen buat masa ni.. harap lepas ni banyak lagi buku yang ada macam gini..



*huh! promote baik punya.. tapi aku bukan ejen penjual ye...

Friday, April 6, 2012

Ninato??

Jumaat...



selepas solat Maghrib tadi.. terjadi lah perbualan di antara anak teruna kecik yang cute dengan Bonda yang tak dara tapi memanggg cute...


Bonda: Ammar.. dok buat apa merangkak lagu tu? nak jadi singa lion ka rimau?

Ammar : grrrr... utan Amman dadi ninato..

Bonda : zirafah?

Ammar : utann laa.. ninato..

Bonda : raksasa.. (sambil kerut dahi sebab tengok gaya cam raksasa nak lawan Ultraman)..

Ammar : utannn... Amman dadi ni.. na.. to.. (terus melalak dengan pitch yang agak2 bleh lawan Jac Victor)..


dekat 10 minit jenuh sang Bonda meneka jawapan dan macam masuk rancangan kuiz tekaria.. baru laa dapat tau.. yang dia nak cakap tu Dinasor...



cenggini laa gaya lebih kurang tadi..



* pap!!! tepuk dahi..

Tuesday, April 3, 2012

baru aku tahu sebabnya...

Selasa...

tadi aku ke sekolah macam biasa setelah seharian semalam aku mengambil cuti rehat sebab nak settlekan kerja2 membeli dan memilih barang utk kerja ubahsuai dapur aku...

dah sampai sekolah niat nak upload lagi gambar ke blog ni.. tetiba baru la aku perasan gambar semua kecik kemetot.. rupa-rupanya setting dah berubah.. dan aku memang pasti tak lain tak bukan hero kecik la punya angkara... hish! sabar je la.....

Sunday, April 1, 2012

tak dak tajuk

Ahad,


mode letih tahap gaban.. tangan pulak terseliuh.. gara-gara bawak budak lawan bola baling peringkat daerah..

dapat no 3 jadi la kan? muka aku pun dah macam pakai topeng.. tengah pikir nak pegi spa mana yang boleh buat treatment bagi kulit muka sekata balik... huh! kalau jadi model Fair n Lovely yang sebelum pakai tu aku rasa lebih dari layak dah.. haha..



tak tu kenapa gambar ni jadi kecik kemetot..